Back To Main Page              
IAMS HOME > Procurement Guideline > Garis Panduan bagi menguruskan Perolehan dan Had Kuasa Kewangan
 
           
     
 
GARIS PANDUAN BAGI MENGURUSKAN PEROLEHAN DAN HAD KUASA KEWANGAN
 
 
 
Had
Kuasa Meluluskan
Tatacara Perolehan
Sehingga 10,000
Ketua PTj . (3 Sebutharga) atau Pegawai yang diberikuasa oleh PTj.
Pelawaan sebutharga oleh PTj bagi memastikan mendapat perolehan pada kadar harga yang kompetitif.
Melebihi 10,000 hingga 20,000
Jawatankuasa Sebutharga PTj . (3 Sebutharga)(Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan)
Pelawaan sebutharga oleh PTj dan keputusan dibuat oleh Jawatankuasa PTj iaitu Dekan/Pengarah sebagai Pengerusi, 2 ahli yang terdiri dari mana-mana Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan yang bersesuaian.
Melebihi 20,000 hingga 50,000
Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (PPHB)/Pengawal Kewangan . (5 Sebutharga).
Pelawaan sebutharga diuruskan oleh PTj dan dikemukakan permohonan kelulusan pembelian kepada Bahagian Perolehan untuk pertimbangan dan kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (PPHB)/Pengawal Kewangan. Surat kelulusan dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan.
Melebihi 50,000 hingga 200,000
Jawatankuasa Sebutharga Universiti Malaya : Keahlian :-
  • Pengawal Kewangan
  • Pengerusi Timbalan Naib Canselor (PPHB)
  • Seorang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor
     
    - (5 sebutharga)
    Pelawaan sebutharga diuruskan oleh PTj dan dikemukakan permohonan kelulusan pembelian kepada Bahagian Perolehan untuk pertimbangan dan kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (PPHB)/Pengawal Kewangan. kelulusan dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan.
    Melebihi 200,000 hingga 20 juta
    Lembaga Perolehan B
    (pelawa secara Tender):
    Keahlian :-
  • Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (PPHB) -Pengerusi
  • Pengawal Kewangan
  • Pendaftar
  • Seorang Dekan yang dilantik oleh Naib Canselor
  • Wakil Kementrian Pendidikan
  • Seorang Pegawai Awam dari Agensi Lain
    PTj mengemukakan permohonan beserta spesifikasi tawaran kepada Bahagian Perolehan dan Bahagian Perolehan akan menguruskan pelawaan tender melalui akhbar tempatan.
    Melebihi 20 juta hingga 100 juta
    Lembaga Perolehan A
    (pelawa secara Tender):
    Keahlian :-
  • Naib Canselor atau Pengerusi
  • Timbalan Naib Canselor (PPHB)
  • Pengawal Kewangan
  • Wakil Setiausaha Kementrian Kewangan (Wajib)
  • Seorang Pegawai Awam dari Agensi Lain
    PTj mengemukakan permohonan beserta spesifikasi tawaran kepada Bahagian Perolehan dan Bahagian Perolehan akan menguruskan pelawaan Tender melalui akhbar tempatan
     
       
         

     
    Copyright 2007 © University Malaya, Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024 x 768)